PUISI

Oleh  Zawawi Aziz

sepi tak terurus
tangga-tangga hikmah
yang patah
belum berganti

dia percaya diri
mahu Tuhannya tahu
mahu baktinya
terus diuji

dia mula melangkah
ada di dalam kenang
ketidaksempurnaan pernah berlangsung
entah beberapa kali

dia pun kembali
menugal mimpi

bendang ini milik bersama
milik kita
milik semua

dosa kita
dosa semua

lelaki lalu menipiskan ragunya !


Categories: